assalamualaikum.. arini cik fatin nak sharing2 ngan anda semua pasal... niqab @ purdah..fatin teringin nak jadi macam nie tapi rasanya belum cukup lagi ilmu fatin insyaAllah suatu hari nanti...nie fatin ada baca kat blog Zahratu Billaurah xsilap fatin.. ada banyak pengajaran dalam nie yang boleh kita ambil sebagai permualaan diri kita balik..mari kita baca sama2 na?
Sedih hati ini tatkala melihat seorang gadis berniqab meng-upload sekeping foto dengan aksi yang kurang 'cantik'
untuk tatapan mata lelaki bukan mahram di Facebook, satu
laman sosial yang cukup terkenal. Pedih kembali apabila mengingatkan diri ini
yang hanya bisa menatap matanya yang galak dan bundar kerana wajahnya ditutupi
itu juga tidak mempunyai jalinan 'friend' dengannya, apatah lagi yang lain.
Terutamanya kaum Adam yang mungkin tidak semua menguatkan hati agar menundukkan
pandangan daripada terus menatap mata cantik itu.
Namun diri ini tetap tidak bisa menghitung
niatnya. Mungkin dia masih muda. Harus ditunjuk mana jalan yang mesti diambil.
Harusnya kita yang melihat mesti menegur. Bukan silap dia terus begitu. Silap
kita yang tidak berpesan. Hanya mudah dengan terus 'berbunyi' di belakang.
Tolong, yang melihat jangan begitu cepat menghukum. Fahami mereka. Selami hati
mereka. Dan tunjuki apa yang benar. Dengan penuh kasih terhadap saudara
seakidah. Maka dengan itu, bingkisan ini kucoretkan khusus buatmu. Muslimahku
sayang, dengarkan...
Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka
"Jangan Main-Main"
Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung
labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun
ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling
mempunyai high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun
apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang
namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban
berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.
Bukanlah bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar
segalanya dilihat tinggi pada kita. Bukan, sayang. Maksudku di sini, kita mesti
berjaga-jaga terhadap diri sendiri. Kerana apabila memakai niqab dan tudung
labuh begini, kita membawa bersama maruah Islam. Ya, maruah Islam. Take it seriously, my love. Memetik
kata-kata Phua Chu Kang, "Don't play play." Jangan main-main.
Ini bukan soal mahu terlihat hanya diri kita
yang baik bersama penampilan, tetapi juga mahu dunia melihat Islam yang tinggi
dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang meninggikan Islam. Bukan makin
menjatuhkan.
Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan
iman. Juga mengelak fitnah. Apabila hanya segelintir yang tidak begitu menjaga
akhlak sejajar dengan cara pemakaiannya, ada manusia yang kurang memahami mula
berbunyi...
"Saya tak bertudung. Bertudung labuh mana pun orang tu bukan
baik sangat. Trust me. Saya
dah pernah jumpa. Yang penting hati..."
"Apa la pompuan ni. Berniqab tapi gambar dekat Facebook dia, Astarghfirullah
...Wei, tak payah pakai niqab lah wei..."
"Ala, yang berniqab semua tu bukan cantik
sangat pun, perasan banyak. Melebih je semua tu, dah macam ninja dah aku
tengok. Ceitt. Blah la"
Bukan semua orang mahu faham kita yang begini
tidak semestinya terlihat sempurna tetapi kitalah sendiri harus menjaga sedaya
mungkin! Tidak boleh tidak. Mesti.
Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung
wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang
fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau
bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain
mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang.
Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.
Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.
Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka
yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang
terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana
peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati
yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.
Sememangnya perempuan berniqab dan bertudung
labuh ini baik. Baik dengan erti kata sebenarnya. Akhlak mengikut apa yang
diajar Islam. Usah jadikan diri kita pemangsa kepada mereka yang begitu menjaga
turut terkena tempias menjadi mangsa. Fitnah terjadi. Fitnah terhadap mereka
yang berniqab dan bertudung labuh. Kasihan.
Namun, tidaklah pula bermakna harus menukar
meter tudung menjadi semakin pendek kerana bimbang diri hanya membawa fitnah.
Malah seharusnya hati semakin nekad memperbaiki dan menjaga akhlak dan bunga
iman. Begitu, sayang. Apabila punya keazaman sebegitu maka diri telah pun
membuka langkah menuju kebaikan.
Sayangku, jangan memilih memakai begini kerana
lelaki.
Bertudunglah seperti yang diri mahu. Asal sahaja
tudung itu tetap dilabuhkan menutupi dada. Tetap bertudung mengikut syariat
bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri, sayang. Jagalah ia selalu.
Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan kita melakukan kebaikan,
syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus tanpa diri sedari.
Tiap kali melangkah keluar dari rumah, luruskan
niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian
dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik
berbanding dahulu. Bukan mahu mengatakan, "Wahai Adam, lihatlah. Akulah
wanita yang paling solehah. Moga sahaja kau jatuh cinta padaku."
Apabila itu yang terlintas, fikirlah apakah itu
juga yang dipandang Allah? Tidak, sayang! Dia hanya ingin melihat ketulusan dan
keikhlasan niat hatimu untuk berhijrah keranaNya. Apabila hatimu terdetik
berhijrah kerana yang lain, hitunglah apakah amalan ini juga terhitung di
sisiNya. Apabila diri memilih untuk memakai begini, jagalah niat itu sentiasa.
Usah biarkan amalan kebaikan hangus rentung menjadi abu hanya kerana niat yang
terpesong. Istighfarlah sentiasa. Kerana sememangnya kita manusia yang pelupa
dan berdosa.
Utamakan yang lebih penting daripada yang
penting.
Sayangku, pakailah niqab andai diri mahu.
Perkara baik tiada siapa menghalang. Namun ingat, sayang, lihatlah yang lebih
penting daripada keinginanmu untuk menutup muka bersama secebis kain indah itu.
Mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu
benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih
baik. Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar
melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf.
Lihatlah yang lebih penting.
Lihatlah solat lima waktu kita. Apakah berusaha
didirikan awal waktu seperti mana usaha keinginan untuk berniqab? Apakah
terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba
diri hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu diri fahami maknanya?
Apakah solat itu bisa membuatkan diri merasa terlalu dekat dengan Allah?
Lihatlah hubungan yang terjalin antara manusia.
Apakah ada api permusuhan yang belum terpadam? Apakah hati sering berprasangka
buruk terhadap orang lain? Apakah hati dibisik iri dan dengki akan kejayaan dan
kebahagiaan orang lain? Apakah diri ringan membantu tatkala sahabat memerlukan
pertolongan? Apakah hati itu sentiasa diingatkan agar sering bersangka baik
dengan manusia tiap ketika?
Lihatlah akhlak dalam diri. Nilailah dan hisablah
diri sehari-hari. Apakah hati sentiasa diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam
melakukan amalan? Apakah hati itu dididik untuk menyemai rasa rindu terhadap
Rasulullah dengan sunnah Baginda? Apakah diri diajar untuk tekad dalam menimba
ilmu daripada melayan cinta manusia? Apakah hati sentiasa ditiup bayu semangat
tabah dan gigih dalam menjalani ujian daripada Allah?
Sayang, lihatlah yang ini terlebih dahulu
berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih dituntut. Jadilah muslimah yang
bijak menentukan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Jadilah muslimah
yang bijak dengan melakukan perkara yang dirasakan penting tetapi tetap
mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka sayangku, ini lebih baik.
Mengapa mesti pandai mengutamakan hal yang lebih
penting daripada yang penting? Andai kita sebenarnya mengetahui mentaati ibu
bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian niqab, maka tiada yang keliru dalam
permasalahan "mak ayah saya tak bagi saya berniqab". Pilih ibu bapa
berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqab itu hanya
sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?
Andai kita muslimah yang berniqab maka usah
dipandang rendah kepada mereka yang memakai pashmina. Andai kita memakai tudung
labuh maka jangan merasa lebih baik berbanding mereka yang memakai tudung
melilit. Masih sehingga kini diri tiada mengetahui bagaimana pandanganNya.
Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat kita lebih daripada meter tudung itu.
Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam. Sehingga wujud
rasa ujub terhadap diri sendiri.
Apabila benar niat kerana Allah dan tahu mengapa diri memilih
memakai begini, percayalah itu yang akan memberi kekuatan berterusan. Walaupun
ramai yang memandang serong. Walaupun ramai cuba menyalah anggap. Walaupun
ramai melihat diri sebagai 'kamu-orang-pelik-ewww'. Kerana pemakaian hanya
diniatkan kerana Allah. Sedikit pun kata-kata manusia tidak akan memberi kesan
kepada hati seandainya benar ikhlas. Right?
So, just go with what you're doing now, my love!
Andai terasa lemah, renung kembali niat dalam
hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah putus harapan dalam memperbaiki
diri dan mengejar kebaikan. Kerana itu semua tidak akan datang tanpa keinginan
yang kuat dan hati yang gigih menghadapi ujian! Contohilah Ummul Mukminin. Contohi
peribadi mereka dan jadikan ia semangat buat diri untuk terus melangkah dalam
mendidik hati menjadi muslimah sejati. Terus kuat, sayang!
Sayangku, pakailah dan hiasi bersamanya dengan
ilmu dan akhlak.
Pakailah niqab itu. Pakailah tudung labuh itu.
Pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut garisan Islam. Andai pandai
menyentuh isu kahwin tidak perlu menjadi begitu sempurna tetapi usaha itu mesti
ada, begitu juga soal ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi sempurna pada tiap
sudut inci seperti meter kainnya, tetapi tekadkanlah jua dalam hati keazaman
dan keinginan menjadi lebih baik. Bersama ilmu dan akhlak.
Yang kurang benar kelihatannya apabila dipakai tanpa ilmu dan
keazaman pembaikan akhlak. Itu yang akhirnya mula terjadi fitnah kepada pemakai
niqab dan tudung labuh. Kerana itu niat amat dititikberatkan. Apabila niat
benar, tindakan yang diambil juga benar. Apabila niat ingin memakai niqab
sebagai dorongan menjadi lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana
cara sekalipun untuk menjadi muslimah yang terbaik! Apabila niat asal terpesong
maka itu yang dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu. Jadikan niqab sebagai
dorongan untuk menjadikan diri lebih baik. That's
the best. Namun, andai diri bukan daripada kalanganniqabis, it's alright dear. Kita
semua sama sahaja. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza. Dan tetap
sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.
Jaga akhlak. Jaga akhlak. Dan jaga akhlak. Kerana manusia tidak
akan bertanya, "Tinggi manakah ilmu yang ukhti miliki?" tetapi
manusia akan mula menilai melalui peribadi. Akhlak. Yes, exactly my love. Akhlak hasil daripada ilmu yang dimiliki. Tuntutlah
ilmu yang benar dan secara sendiri ia akan dimanifestasikan dalam akhlak yang
juga benar. Kerana ilmu itu berperanan mewujudkan perasaan khauf atau takut
kepada Allah sehingga melahirkan akhlak yang baik. Biarlah qudwah itu bersama
akhlak dan tudung.
Tidak semestinya berniqab lebih baik daripada
yang memakai pashmina. Tidak semestinya yang bertudung labuh lebih baik daripada
tudung melilit. Tidak semestinya yang memakai tudung melilit lebih baik
daripada yang berniqab. Tidak semestinya mereka yang memakai pashmina lebih
baik daripada yang bertudung labuh. Kerana? Kerana tinggalkanlah itu semua
kepada rahsia penilaian Allah.
Dan kerana setiap daripada kita punya peluang
berubah ke arah kebaikan selagi nafas masih terhela. Jangan persiakannya. Maka
sayangku, genggamlah jemari sahabatmu yang lain dan bantu. Sebarkan kecintaan
terhadap sesama muslimah. Padamkan segala prasangka andai ada ternyala.
Jadi baik itu bukan diukur pada tudung. Jadi baik itu adalah pada
hati yang ikhlas. Namun tudung mengikut syariat itu tetap wajib. Jalankan
walaupun ada yang terasa payah! Kerana percayalah tudung itu akan mula
menjernihkan hati yang kotor. Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan
cahaya. Believe me!
Mari kita sama-sama. Tolong ajari diri yang
menulis ini. Kerana sungguh, diri ini juga pemakai tudung labuh yang hanya
bijak berkata-kata namun masih banyak kekurangan yang mesti diperbaiki.
Terlalu.
Wallahua'lam. Last word. Uhibbukunna
fillah ya akhowat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan