Selasa, 28 Mei 2013

New Baby Boys... !


assalamualaikum.... korang semua mesti tertanya2 sape baby boys yang cute n comel nie kan2? nie la anak sepupu2 fatin... comel kan? alhamdulillah... selamat dilahirkan... yang sebelah kiri tue baru lagi dalam bulan 5 nie.. yang sebelah kanan pulak lahir bulan 3 aritu... geram tengok.. ! hhuhu fatin suka kanak2 lebih2 lagi baby yang tembam2 nie... haha syahmi dan ahwaz semoga besar nanti jadi anak yang soleh ye? anak yang boleh jadi khalifah di muka bumi nie ye? mak long harap korang besar nanti jadi anak yang membanggakan umi n ayah ye?

Wahai Nasrun, wahai Daniel. Hendaknya berbaktilah kepada ibumu. Wahai anak, syurgamu terletak di bawah tapak kaki ibu!

Rasulullah SAW pernah bersabda antara maksudnya: 

Ada seorang datang bertanya kepada Rasulullah SAW lalu bertanya; “Ya Rasulullah, siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan Rasulnya?” lalu baginda SAW menjawab: “Ibumu”. Kemudian dia bertanya lagi: “selepas itu?” Baginda SAW menjawab: “Ibumu”. Orang itu masih lagi tidak berpuas hati, lalu dia mengulang lagi soalannya tadi: “selepas itu?” Baginda SAW terus menjawab: “Ibumu…., kemudian bapamu”….tiga kali perkataan ibu diulang-ulang, kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

" Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, Jadikanlah anak2 kami anak yang cerdik berakal, berilmu dan beramal soleh, fasihkan lidah anak2 kami dalam membaca Al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W, perelokkanlah akhlak perangai anak2 kami, seindah akhlak Rasulullah S.A.W, jadikan anak2 kami anak2 yang soleh solehah, bakal hafiz hafizah, alim alimah, dai'e dai'yah di jalanMU, berikanlah kebaikan kepada mereka kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang" Amin.....

# sayanglah ibu bapa syahmi dan ahwz ye? jadi anak yang berbakti.. amin2
# kak mida dan kak pija tahniah ^_^