Rabu, 7 November 2012

Lelaki Idaman Saya !!


assalamualaikum n selamat sejahtera.. lama kan x mengaktifkan blog nie..besa la.. buzy kit ngan study n aktiviti2 dalam kampus nie.. ha lupa lak nak gtaw.. atyn da dpt msuk universiti da.. UPM !! bez laa.. hurmm k2 xnak cter y 2.. t atyn cter len.. skrg nk cter psal lelaki idaman wanita! haa.. menarik kan..? korang mesti teruja nie.. sbenarnya atyn bru lpas baca novel Atin! Jom Kahwin.! mmg ase nak kawen btol la nie.. tp sblum 2.. kta kna la plih y btol2 sesuai untuk jadi imam kta.. ye ukthi2 ku.. ^_^ kat bawah nie ada ciiri-2 lelaki idaman wanita.. bely la korang nak amek jdikan tips korang pilih pasangan.. huhu 

1. LELAKI YANG PRIHATIN
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang wanita cakap bukan dengar dengan masuk telinga kiri keluar telinga kanan naker cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi suka berleter.


2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati wanita walaupun kurang rupa tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.


3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak. Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan suka membeli barangan yang dikehendaki dan kadang-kadang yang tidak perlu. Jika hendak melarang sekalipun, tegurlah secara baik.


4. LELAKI YANG BERHATI-HATI
Iaitu berhati-hati dan tidak senang-senang saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan. Sebab, apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini. Jadi, biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Demi menjaga hatinya..lama-lama nanti pandailah dia memasak dengan baik.

5. LELAKI YANG WANGI
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda seperti, memotong kuku dengan sempurna, memakai wangian, jangan membuang baju kotor di merata tempat, merapikan misai dan janggut.

6. LELAKI YANG PEMURAH
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka.

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong, mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia.

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya. Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri, daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh lebih baik beralah.

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita, mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita. Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan sama ada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka, ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga bererti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.




haa... cmne..? ok x..? atyn pun kopi n pasta je smua nie.. tpi ok la untuk tatapan korang ye...hhuhu.. korang da jumpa pasangan sesuai jgn lupa t jemput atyn kenduri ye,..? sayang korang!! ok.. salam 1 malaysia!! haha

Rabu, 11 Julai 2012

Mael Lambong...!!!!



hye bloggers..????
assalamualaikum....

waduh2 udah lama seh kita ngak bertemu ya..? hehe indun lak jdiknya.... hmm aq bezz gler teramat sangat lah arini.. mana x nyer....cter y aq duk cri2 duk tggu2 da dpt!! tanx Malaymoviesfull... akhirnya aq dpt tgok jgak.. mmg lyan beb! hehe sebenarnya aq xdpt tgok dkt pggung wayang...hermm sebab?? sebab my mom ckp xbley.. law g tgok jgak means xdpt la cri jln umah..beb law xdpt tgok xpe beb bley tgok dkt youtube tp law xdpt blek umah beb... xley owh.... t msti aq rndu dkt bntal bcuk q.. owh.. xley3.. dah2 nie sbnarnye cter aq dpt tgok nie Mael Lambong.. mesti korg ckp kt aq poyo kn3..?sbb korg da tgok tp aq bru e tgok..hurmm... xpela..ha nie aq nk kongsi ngan korg nie...kwn aq la syorkan aq tgok dkt Malaymoviesfull nie..law x xdpt aq... tanx Mariatul Fatin..emmmuah!! k3 nie sinopsis cter dy...
 
sinopsis: Mael lambung (zizan razak) merupakan seorang penarik kereta terkenal di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah setelah bertemu dengan maria (juliana evans) seorang penyiasatyang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat. Maria diburu kerana mereka mahukan mikrocip yang mana didalamnya penuh dengan maklumat tender projek kerajaan.
Usaha menyelamatkan diri membawa mereka ke Terengganu iaitu kampung halaman Mael. Di kampung, Mael bertemu semula dengan Rozie (shenthy feliziana), bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan Tiger (taiyudin bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan antara Mael dan Rozie dulu.
Akhirnya, penjahat yang memburu Maria dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang akan berlaku selepas itu? 

haaa... e2 law korg nk taw kna tgok sndri laa.... cpe2 y da tgok 2..diam2 jgn cter kt dorg..t xgempak la mse tgah lyan movie 2.... haaa... selamat menonton ye..... ^_^
p/s : pada korg y tgok 2....amek y positif taw? y negatif jgn la...antra dlm babak2 2... hehehe ^_^V

Ahad, 29 April 2012

Hot Air Balloon!!

hye semua?? assalamualaikum...
bismillah..(mulakan dengan bismillah lebih baek)
^_^

oke korg epy x arini??? laa... ape?? cdey? npe lak?? oke law korg cdey tue aq nk bg korg epy ye.. tp law korg da epy aq bg korg lbey2 epy..! ha suke??? suke lettew kn2?? haha dlm entry nie aq nk cter ckit psal holiday.. ermm specific la.. holiday tue umum kn? oke kta ckp psal hot air balloon...! ha korg taw ke ap dy hot air balloon 2 tue? ape?? taw?? oke.. eh2? xtaw?? yela.. dalam bhsa melayu dy belon panas la... taw x?attoiii xpe2 aq nk cter la nie... hot air balloon 2 sjenis knderaan la jgak.. tp dy lmbap ckit.. tp lmbap2 pn bez kot.. aq besa nek?? hmm.. agk2 korg?? hehe aq xpnah nek ag la.. tp aq ad bca kt ap pny web ntah?? hmm aq tgok mcm bez je.. eh2 xnk ckp pnjang2 k2 smbung blek.. hot air balloon tue kta bley nek kt luar ngara je..malaysia nie.. hm asey xde ag kot.. nnt la aq uat korg nek k? tp korg nek free laa.. aq murah aty nie...ha.. law naek belon panas nie..ktabley tengok pemandangan dari atas taw,,mmg bez la wa ckp! huhu kta ley tgok ap2 je y org uat kt bwah..oppsssssss! jgn pk len lak taw...!! korg nie bkn  bley.. haha hmm..actualy  aq nk gtaw nie.. aq law g honeymoon nnt nk2 naek hot air balloon nie la... sweet je.. romantik kot law dptnek nie.. bknnya stkat ley tgok pmandangan.. bley gak kongsi2 cerita ngan 'hubby' atau 'mummy' dlm mood elok taw.. so law korg nk cter y korg dlu pnah ade bf/gf rmai ke ap ke msti si dia xkesah kn?? tp lpas tue.. ha law korg cter ag.. aq ase maw kna sepak!! haha k la.. entry untuk ary nie.. aq nk cter psal hot air ballloon je pn.. hehe sweet untuk korg y nk kwen.. y blom kwen jgn gatal2 nk g ngan bf/gf korg ye!!! haram..!! ingat! ALLAH nampak ape y korg uat.. k2 kte smbung dlm entry len plak nnt k?? hehe salam!
 nie laa... hot air balloon....
 
nie ke hot air balloon?? eh2 bukan la.. hehe

nielaa hot air balloon.. msti korg nak naek kan3?? haha

Khamis, 26 April 2012

siapa Fatin Atiera??

assalamualaikum!
salam sejahtera!
salam 1 malaysia!
(da mcm plkn da)
^_^

hye bloggers! yg cute2 ensem2 cantik2 (cpe y bce nie smua tergolong dlm tue la..) hari nie aq nak perkenalkan diri aq... da lma on blog nie tp bru je nk perkenal diri.. erm trok kan3? ^_^  alaa..sory la.. oke2 xmo ckp bnyak ag da.. my name is..(mcm bdak tadika lak) nur fatin atira bt zulkefli (dlm ic ke surat branak ke sjil2 ke sme je k) umo taun nie bru je 20 tahun..(xdela tua sgt kan3?) so dlm entry nie xnak la ckp psal tua ke x oke? nak ckp aq nie anak kpda pkcik zulkefli bin mohd salleh (cucu mat salleh la nie?) kwen lak ngan mkcik saharia bt jaafar.. terlahirlah sorg bby yg comey nme dy fatin la..!! hehe prasan lak kn3? pape jela.. aq ad sorg adk laki2 n sorg adk pmpuan.. adk laki2 aq ad blog dy gak.. korg search la law rjin2 nnt ye? web dy  axetpg@yahoo.com ha korg msti nk taw kn aq uat ap skrg?? skrg nie aq tgah mganggur la.. aq tgah 2gu rsult universiti mne aq dpt?? hop aq dpt ngan kos y aq mnat la... bkal ckgu la.. cikgu fatin..?? emm mcm lwak je... xpe2 t anak2 korg bia aq y ajar taw,, msti pndai pny.. hehik..! hmm.. da tue korg nk taw ap ag?? nnt-2 la aq cter ye.. t law cter abes2 da xde cter da untuk entry len..k la tanx bce! law nk komen pape komen jela ea? (ceyh xmalu lak) hehe  k adiossxzz!!

Rabu, 4 April 2012

sifat-sifat wanita idaman lelaki....

sifat-sifat wanita idaman lelaki..! bace la... ^_^



Setiap lelaki pasti mempunyai sifat-sifat wanita pilihan mereka tersendiri dan mereka pasti mengidamkan wanita yang memenuhi apa yang di impikannya. Ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.

Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing. Berikut adalah antara sifat-sifat wanita yang menjadi pilihan lelaki.
Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih terhibur.
Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti dulu persoalannya.
Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.

Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Kenali Apakah Sifat-Sifat Wanita Pilihan Lelaki

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sam ada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna kerana rupa dan harta bukanlah segala-galanya.

Ketahui Apakah Yang Lelaki Suka Dan Tidak Suka Mengenai Wanita



Lelaki juga adalah manusia biasa yang tidak pernah lari daripada membuat salah dan silap. Oleh itu, kepada kaum wanita perlulah memahami apa yang lelaki suka dan tidak suka barulah sesuatu hubungan itu menjadi lebih intim dan bahagia.

Sebenarnya kaum wanita tidak boleh salahkan 100% kepada kaum lelaki sekiranya ada perbalahan atau salah faham kerana Allah mencipta lelaki dan perempuan sama sahaja dan Allah itu maha adil.
Apa Yang Lelaki suka :

Berikut adalah senarai apa yang lelaki sukakan dan anda kaum wanita perlulah amalkan perkara dibawah ini untuk menjadikan hubungan anda dengan pasangan lebih akrab dan intim.

    * Sikap kelakar
    * Budi pekerti dan kesopanan
    * Murah hati
    * Senyuman manja
    * Pandai memasak
    * Pandai dalam mengenakan pakaian
    * Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
    * Tak mudah naik angin
    * Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
    * Tak terlalu seksi dalam berpakaian
    * “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
    * Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
    * Berwawasan atau bercita-cita tinggi
    * Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
    * Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
    * Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
    * Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
    * Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
    * Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
    * Sikap keibuan
    * Sukakan kanak-kanak
    * Suara lembut tanpa dibuat-buat
    * Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
    * Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
    * Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
    * Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
    * Tahu bersyukur
    * Pandai berjimat-cermat
    * Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Apa Yang Lelaki Tak Suka :

    * Wanita yang suka mengumpat
    * Sombong dan bongkak
    * Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
    * Hisap rokok
    * “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu.
    * Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
    * Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
    * “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
    * “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
    * Wanita yang hipokrit
    * Pembohong dan suka mencari alasan
    * Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
    * Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
    * Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
    * Pengotor dan pemalas
    * Tak bertanggungjawab langsung
    * Tak pandai mengemas
    * Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
    * Kuat berleter walau hal remeh temeh
    * Boros berbelanja
    * Tak tahu memasak
    * memuji lelaki lain
    * Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
    * “Queen Control” atau suka mengarah-arah
    * Tak pandai bergaya atau selekeh
    * Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
    * Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
    * Panas baran
    * Kuat merajuk dan sukar dipujuk
    * Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
    * Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Jadi secara kesimpulannya, dalam sesebuah perhubungan itu masing-masing perlulah memahami apa yang diinginkan oleh pasangan mereka, menghormati mereka dan yang paling penting tidak mementingkan diri sendiri barulah hubungan itu akan berkekalan dan bahagia.

Ketahui Apakah Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Diri Anda?


Dalam kehidupan seharian, pasti anda tidak akan sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri anda merupakan satu petanda bahawa si dia sebenarnya mencintai diri anda dan ramai yang tidak menyedarinya lebih-lebih lagi pada mereka yang telah berkawan sejak dari kecil lagi.

Mungkin si dia tidak ingin anda tahu secara terus daripada mulut si dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan dan mungkin anda tidak sedar dengan perbuatan yang dilakukannya sebenarnya menunjukkan bawaha si dia ingin meluahkan rasa cinta pada diri anda. Berikut merupakan ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai diri anda.

    * Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada anda sahaja.
    * Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting anda bahagia dan anda tetap menjadi impiannya.
    * Orang yang mencintai anda selalu menerima anda apa adanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda merasa berat badan anda sudah bertambah.
    * Orang yang mencintai anda selalu ingin tahu tentang apa saja yang anda lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan anda.
    * Orang yang mencintai anda akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun anda tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
    * Jika anda menyambut hari jadi dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang anda adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
    * Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama anda, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
    * Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai anda.
    * Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran anda, bahkan mungkin meminjam CD milik anda, kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda – kesukaan anda kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan anda, tapi akhirnya dia berjaya.
    * Kalau kali terakhir kalian bertemu anda mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda, kerana dia bimbangkan tentang anda, peduli tentang anda.
    * Jika anda mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada anda.
    * Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat anda itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
    * Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda telah menggegarkan dunianya.
    * Orang yang mencintai anda selalu ingin berada di dekat anda dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan anda.
    * Jika suatu saat anda harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar anda waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada anda dan jauh.
    * Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan anda, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
    * Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
    * Orang yang mencintai anda sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon anda 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan anda di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan anda.
    * Orang yang mencintai anda kadang-kadang merindukan anda dan melakukan hal-hal yang membuat anda pening kepala. Namun ketika anda mengatakan tindakannya itu membuat anda terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
    * Jika anda memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu anda. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan anda walau sesukar mana permintaan mu.
    * Kalau anda melihat handphone-nya maka nama anda akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari anda walaupun ia anda kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat anda di tempat khas dan segala pemberian anda menjadi benda-benda berharga buatnya.
    * Dan jika anda cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan anda, walaupun hal itu membunuh hatinya.
    * Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu anda kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu anda.
    * Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa anda memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu anda terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan anda, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada anda? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut jika tidak anda akan menyesal kerana mensia-siakannya.

Kenali Sifat-Sifat Si Jejaka Mengikut Zodiak Mereka

Adakalanya sebagai seorang lelaki, anda masih tidak mengenali diri atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang?

Di sini DuniaMaskulin akan menyenaraikan personaliti lelaki berdasarkan bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.
 

Aries


Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah. Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.

Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita.

Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang. Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup, dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya. Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
 

Taurus

Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat. Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir, atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka jenaka dan ketawa. Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri, menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita.

Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya, di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan.

Dorongan syahwatnya kuat. Dia sukakan keselesaan, makan dan mengumpul harta. Kebolehanya menghias rumah, dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa, dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana. 

Gemini

Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik, adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain.

Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam, dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya. Dia suka kepada luahan emosi, kerana itu dianggap kebudakan dan remeh, dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.

Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin, dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan. Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi. Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh, kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya, yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya, Wanita yang ideal ialah yang banyak harta, lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda, yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.
 

Cancer

Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan. Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya, tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan.

Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya, dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita. Jika dia belum berkahwin, dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dan dia tidak suka berfoya-foya. Dalam pergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup. Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas, pemalu dan kurang dorongan, serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah, berharta dan pendapatan baik. Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu, dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun, dia adalah suami yang setia, dan amat sukar untuk bercerai.
 

Leo

Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik, dan rambutnya ikal. Bibirnya mungkin nipis. Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat, ini membolehkannya maju dan memimpin. Dia juga suka menjadi popular dan di puji .

Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting. Bila dia terlibat dalam hal romantik, dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah, tapi pasanganya perlulah menghormatinya, dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya, jangan mudah anda melihat atau menjeling lelaki lain. Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat, dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.
 

Virgo

Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak sedih tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Sifatnya amat berhati-hati, nafsu syahwatnya rendah, dan kerana ini, dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan.

Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta. Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci, juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat.

Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya. Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan, dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan, dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah. Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.
 

Libra

Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar, bersinar dan menarik. Mulutnya agak penuh dan menawan. Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan.

Sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul, ramai kawan, sopan dan simpati. Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai. Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi.

Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.
 

Scorpio

Tubuhnya biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana. Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas, hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar. Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain.

Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan, dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan. Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .

Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam perhubungan. Dalam hal seksual, dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.
 

Sagittarius

Dia seorang yang suka bergaul, suka hidup yang baik dan berpoya. Dia adalah insan yang paling romantik, menarik, suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan. Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang, agama atau politik. Tubuh badannya agak tinggi, tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua.

Mukanya panjang, dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang. Giginya besar. Dari segi berpakaian, dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar. Dia lelaki yang agak boros, dan jika tidak berhati-hati, mungkin terlibat dalam perjudian.

Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati. Tetapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang. Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain.
 

Capricorn

Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah. Dia tidak suka menukar-nukar rancangan yang telah dibuatnya. Dia agak pendiam, suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun.

Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai. Dalam hidup bercinta, dia kurang di sukai. Dia mementingkan keluarganya, dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.
 

Aquarius

Tubuhnya agak tinggi, dan kurus, tangan dan kakinya besar, bahunya lebar. Mungkin rambutnya nipis dan pakaiannya agak luar biasa. Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang.

Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat. Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang, dan dia lebih suka kepada ramai pasangan. Walaupun begitu, dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik, tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen.
 

Pisces

Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat. Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang.

Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan.Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Tapi dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta menghiburkan.

Ahad, 19 Februari 2012

Jangan Mengharap “Terima Kasih” dari Seseorang



Jumaat, 10 Februari 2012

my beloved sis..

Norasmaiyah Bt Mohd Nor....
pergh....syg sgt3 kt kak..nie kak aq mmg umo dy sbaye je ngan aq tp law tgok dy nmpak dy tua kit kot...hehe dy ngan aq da mcm kmbar da..km uat mcm2 sme2 smpaikan mndi pn kdang2 sma2 taw...tp xde la bxxxL hehe dy da mcm kakak aq da.. dy pham aq,(kdang2 xpham gak) haha..tp cpe2 y sntuh aq dy msti mrh n mcm 2 gak aq jgn cpe2 brani sntuh dy...law bf dy mrh dy pn kdang aq nyibuk tnya npe mrh2..?ha minat ktowg sma taw, ktowg ska karok(karaoke la)...lagu?msti la lgu jwang xmen la lgu rock,hip hop ke ap ke? msti sesuai ngn jiwa laa...jiwang!!ktowg pnah  gduh...sbb?mcm2 sbb tp y plg truk msa bf aq n dy gduh,aq jd mgsa,aq syg dy n aq syg bf aq,aq xthan ag daa..aq xsnang aty bla ktowg xbaek,las2 ktowg baek jgak,,hop ktowg dpt kekalkan hbngan nie smpai bila2...aq syg sgt kt dy...law bley aq nk dy dpt temui kebahagiaan dy scepat mgkin n dpt seorg lelaki y btol2 syg kt dy seikhlas mgkin...kak atyn doakan kak bahagia k...tp aq cdey law dy kwen dlu,xdpt nk msra2 mcm selalu daa...tp xpela,cmne pn kta kna psah gak tp psah dgn kwen jela...oh my twin..! i love u a lot!!!



Ahad, 29 Januari 2012

demam.....

xska la demam...bile demam msti kena mkn ubat...hmmmm perlu ke..?sy xska la...ltey2 bdan..muntah2,skit prot...lngkap nie...alaaaa.....pulak pg2 ag da kna g blaja kete,mcm xde prasaan kot sy bwa,,,hehe cian uncle 2..tp pape pn 1st time kot bwa kt jln bsar,,,hbat jgak ar,,1st time da tror...(puji diri la plak) ^_^ psal da skerat jln la aq truskan jgak...nseb uncle nie baek...uncle y dlu 2,,ish!! da la gtai! pgang2 owg plak! xska la..pgang tgn je xpe la...nie pgang paha,mmg la niat nk mengajar tp agk2 la...nk je tndang uncle 2, nseb tgah bwa keta...tp xpela pasni da xyah blaja ngan uncle 2 da...bgus2! hop uncle bru nie mmg btol2 baek laa....

Sabtu, 28 Januari 2012

najwa latif ke aq nie..??

hye...? arini plg bes la dlm idup aq...haha ad ke ptot ad org ckp mka aq mcm najwa latiff? da 2 bley plak tny training cmne la,ap la..?hakhak ok la 2...pasni bley la uat show gnti najwa kn3? sory ye...hahaha xpe la najwa pn najwa la...tp ad ag news! bf aq da kmbali pda aq mcm dlu!akhirnya... aq syg dy! aq jnji akan jga btol2 hbngan ktorg nie...janji2 jgak...pasni nk cri keja la...bla la bley dpt keja nie..? hmm pnat dk umah nie...